Archives

ILMU YANG DITUNTUT

Terdapat beberapa pendapat berhubung ilmu yang menjadi kefarduan bagi setiap muslim. Menurut sebahagian besar ulama, ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim ialah ilmu agama dan ilmu keduniaan. Ilmu agama ialah seperti berikut :

1)      Ilmu yang membawa kepada kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang akidah dan terselamat daripada unsure-unsur syirik dan khurafat.

2)      Ilmu yang membetulkan amal ibadah seseorang dari sudut lahiriah iaitu niat yang ikhlas kerana ALLAH.

3)      Ilmu yang dapat membersihkan jiwa dan hati seseorang dengan mengetahui sifat terpuji lalu menghayatinya dan sifat yang keji lalu menjauhinya.

4)      Ilmu yang dapat mendisiplinkan tingkah laku seseorang terhadap diri sendiri, keluarga dan orang ramai sama ada seorang muslim atau bukan muslim. Seterusnya dengan ilmu tersebut dia dapat membezakan antara yang halal dan haram serta antara yang wajib dan sebaliknya.

Kesemuanya ini ialah had yang paling minimum yang perlu diketahui oleh setiap muslim tentang agamanya pada setiap masa dan keadaan.

  • Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:
    Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan cara mencabutnya begitu saja dari manusia, akan tetapi Allah akan mengambil ilmu dengan cara mencabut (nyawa) para ulama, sehingga ketika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun, manusia akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh yang apabila ditanya mereka akan memberikan fatwa tanpa didasarkan ilmu lalu mereka pun sesat serta menyesatkan. (Shahih Muslim No.4828)

Jika manusia telah mati maka putuslah amalnya kecuali 3 perkara :

1) Sedekah jariah

2) Ilmu yang bermanfaat

3) Anak soleh (berakhlak mulia) yang mendoakan kedua-dua orang tuanya.

( HR Muslim)

Advertisements

RESEPI SEBUAH KEJAYAAN

Bahan-bahannya;

  • 250 gm Daya usaha

  • 100 gm Kesabaran

  • 100 gm Keimanan

  • 190 gm Keinsafan

  • 150 gm Pengorbanan

  • 150 gm Campuran akhlak mulia   ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

  • 8 sudu the rasa tanggungjawab

  • 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.