Archives

JANGAN DEKATI ZINA

Mari bersama kita baca dan hayati isi buku, “JANGAN DEKATI ZINA”..

Tekan link di bawah untuk download PDF nya :-

JANGAN DEKATI ZINA 1

Advertisements

SALAM RAMADHAN DARIPADA KAMI

Assalamualaikum.. Kami mohon maaf atas sebab-sebab tertentu, dah agak lama kami tak update blog ini. Banyak juga persoalan yang ditinggalkan, kami baru dapat menjawabnya hari ini. Maaf sekali lagi. Ada sesetengah persoalan yang memerlukan jawapan yang agak panjang, jadi, insyaAllah, kami akan masukkan dalam entri terbaru nanti. Doakan ya.

InsyaAllah, lepas ni, kami akan lebih tersusun. Setiap admin akan berusaha untuk menjayakan blog Dr Dakwah Remaja ini. Moga Allah redha kita semua.

Akhir kalam, selamat berpuasa. Mari sama-sama kita rebut peluang dan ganjaran di bulan mulia ini. ūüôā

INTERAKSI POSITIF MELALUI DAKWAH

Assalamualaikum semua. ūüôā

Saya wakil daripada Admin blog ini, ingin memohon maaf sebab kami dah lama tak update blog kan? Maaf sebab ada masalah teknikal sikit di samping kami dah mula sibuk dengan study. Belajar-belajar juga, sebarkan kebaikan jangan dilupa! Betul tak? ^^

Hari ini, saya, Admin 2, ingin berkongsi satu tajuk iaitu Bagaimana Mewujudkan Interaksi Positif Melalui Dakwah. ūüôā

Pada pandangan saya, terdapat pelbagai cara untuk kita berdakwah bagi menghasilkan interaksi yang positif. Kebanyakan aktiviti, memerlukan kita untuk saling memerlukan, bantu-membantu serta interaksi antara satu sama lain. Jika dahulu, hanya ada satu radio kotak kayu di kampung. Oleh sebab itu, untuk mendengar radio, semua orang harus bertemu dan berkumpul. Maka, di situ interaksi akan berlaku.

Namun, kini suasana itu telah digantikan dengan Ipod atau Walkman yang menyumbatkan telinga setiap pemilik untuk berada di dunianya sendiri, terpisah daripada segala yang berada di sekeliling. Ianya menghalang interaksi antara satu sama lain.

Pandangan saya, ketiadaan interaksi akan menghilangkan cermin bagi seseorang untuk meneroka potensi dirinya. Sama ada dirinya sentiasa ‚Äėperasan bagus‚Äô atau tenggelam dalam kelemahan kerana gagal mengeluarkan potensi diri yang sebenar.

Oleh itu, Islam mengangkat interaksi dan pergaulan yang menjadi keperluan fisiologi, emosi, mental dan spiritual ini sebagai tuntutan agama. Interaksi di angkat sebagai amal yang afdhal bagi setiap Mukmin. Sabda Nabi Muhamad SAW, ‚ÄúSeorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu‚ÄĚ

Saya ada membaca, satu kajian yang telah dibuat. Mereka menyatakan masyarakat kini tidak lagi menghiraukan orang lain dan mereka lebih gemar hidup dalam dunia mereka sendiri. Persaudaraan sesama keluarga menjadi lebih renggang. Ramai orang lebih selesa hidup sendirian sambil melayan teman mereka di dalam Facebook, Twitter dan lain-lain.

Jadi, para pendakwah seharusnya mendekati mereka dengan memasukkan diri dalam kelompok masyarakat siber mereka. Hanya dengan itu sahaja dakwah dapat disampaikan supaya ikatan persaudaraan sesama Islam menjadi lebih kukuh di samping, mesej-mesej dakwah dapat disalurkan lebih santai. Begitu juga, pada orang bukan Islam juga dengan lebih mudah.

“Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama” – Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi.

Jadi, dakwah bukan semata-mata kewajipan. Ia adalah wasilah memberi yang menghadiahkan makna hidup serta kepuasan. Dakwah bukan semata-mata akibat tekanan persekitaran dan segala faktor luaran. Tetapi ia adalah dakwah yang inside-out. Dakwah bukan stress, kerut dahi, bermasam muuka, tetapi ia boleh menjadi ceria, mendamaikan juga menenangkan. Dakwah itu boleh jadi menyeronokkan.

Firman Allah yang bermaksud :

” Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”.

Bukankah Nabi sudah berpesan, sampaikan walau sepotong ayat. InsyaAllah..(n_n)

Sekian. Wallahua’lam. ūüôā

MARI ‘WARMING-UP’ BERSAMA!

Alhamdulillah. Sudahkah kita mengucapkan kalimah syukur itu pada hari ini? ^_^

Untuk pengisian pada hari ini, kami suka nak berkongsi dengan anda untuk kita sama-sama praktikkan ‘warmin-up’ sebelum Ramadhan. ūüėÄ

~ Jangan terlalu asyik dengan cinta manusia dan cinta manusia hingga kita lembik jadinya. Fikir dan bersedialah untuk cinta Allah kita. Bercinta dengan Allah, insyaAllah, tenang saja hati kita, tiada resah dan gelisah!~

 

HATIKU MILIK-MU!!

Aku manusia biasa. Cara hidupku juga biasa. Hartaku tidaklah segunung Kinabalu. Iman dan takwaku tidak sehebat seorang muslimah sejati. Kerana aku insane biasa. Datang dan lahir dari keluarga yang biasa. Namun, jauh di sudut hati ini, aku inginkan luar biasa. Aku sentiasa menanam utuh dalam kalbuku ini agar suatu saat nanti, hatiku akan lembut untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

Ini kisahku. Kisah seorang aku bertemu Dia. Dulunya, aku seorang yang biasa. Tidak memakai tudung labuh, tidak memakai stoking dan selalu mesej dengan lelaki bukan mahram kerana mereka kawan-kawan aku. Aku suka bermesej kosong dengan mereka. Entahlah. Rasa serono kot bila selalu mesej dengan lelaki.

Semasa aku tingkatan 3, aku pernah bercouple dengan seseorang ni. Masa tu, geng-geng aku semua dah ada pakwe. Dan, aku barulah nak belajar bercouple. Aku dengan pakwe aku ni, selalulah juga mesej. Tapi, call tu, jarang-jarang. Biasalah, jiwa remaja, sibuk nak bercinta. Tapi, masa tu, aku tetap jaga batas. Tak pernah dating dan keluar berdua dengan dia. Cuma mesej dan kadang-kadang call saja.

Sebelum PMR, hati aku ni bertemu dengan hidayah-Nya. Aku terjumpa satu risalah dakwah tentang cinta. Aku baca dengan hati yang sarat inginkan jawapan kepada persoalan-persoalan aku selama ini. Apakah bercouple itu satu kesalahan? Salahkah aku dan dia bercinta? Aku jumpa setiap jawapan kepada persoalan-persoalan aku ni dalam risalah tersebut. Bukan itu saja, malah, aku turut mencari ilmu di alam maya ini. Aku baca blog-blog para daie yang aku kenal cukup hebat ilmu agamanya dan cukup mantap hujahnya. Aku mula sedar. Aku banyak melakukan dosa!

Aku mencari kekuatan untuk meninggalkan pakwe aku. Dan, aku berjaya! Aku minta untuk putus dengannya! Melalui surat. Aku rasa sangat bahagia setelah aku clash dengan dia! Dan, aku berazam dengan diriku sendiri untuk tidak bercouple lagi dengan mana-mana lelaki. Aku hanya inginkan cinta yang suci dan halal untuk suamiku nanti!

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)

Semasa di tingkatan 4, hidayah-Nya semakin mendapat tempat di hatiku. Aku sebenarnya amat tertarik dengan penampilan para muslimah yang bertudung labuh. Ya! Memang aku teringin sangat nak istiqamah pakai tudung labuh! Bukan hanya pakai di sekolah sahaja!

Seorang ustaz baru di sekolah aku sedikit sebanyak melembutkan hatiku untuk berubah ke arah kebaikan. Beliau cuba menghidupkan suasana Islamik di sekolah aku tu. Aku suka! Ceramah dan tazkirah kerapkali berjalan di sekolah itu. Risalah-risalah dakwah juga sering dipamerkan dan dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar. Aku juga mula rajin membaca buku-buku agama.

Aku bergaul dengan geng-geng yang aku baru kenali. Aku bercampur dengan sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha denganku mencari cahaya-Nya. Sedikit demi sedikit, aku mula berubah. Aku membeli tudung 60 inci. Aku juga sudah selesa memakai stokin. Tidak ramai ahli saudara-maraku yang bertudung labuh. Hanya ada beberapa sahaja. Iaitu ahli keluarga sebelah bapa. Ahli keluarga sebelah ibu pula, langsung tiada. Hanya ibu sahaja. Kakakku juga tidak bertudung labuh. Hanya tudung biasa. Aku sematkan di dalam hati. Aku akan berusaha untuk istiqamah bertudung labih bulat pula selepas ini. Aku rasa selesa! Serius!

‚ÄúHai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.‚ÄĚ (Surah Al-A‚Äôraf : 26)

Umurku genap 18 tahun. Semakin aku mendalami ilmu agama, mencari realiti hidup ini, aku sebenarnya sudah jatuh hati pada seseorang. Mungkin, suka. Belum lagi cinta. Aku abaikan sahaja perasaan itu. Lelaki itu bagiku memang amat istimewa. Sebab aku dan dia berkawan. Dia selalu bertanya soalan yang berkaitan dengan agama padaku. Kadang-kadang, aku juga begitu. Aku sering dan sentiasa cuba untuk tidak terlalu rapat dengannya. Sebenarnya, dia sudah ada insan istimewa di hatinya. Aku cuba untuk menyedarkannya. Aku suka dengar dia bertazkirah di surau dan mengimamkan solat di sekolah dulu. Ya! Aku suka! Sampai kadang-kadang, aku termimpikan dia. Aku malas nak layan perasaan tu. Lagipun. Aku masih belum bersedia! Masih jahil agama!

Aku biarkan saja. Kini, sudah 19 tahun umurku. Perasaan itu seakan masih ada. Hari tu, aku dan kawan-kawanku reunion. Ternyata, lelaki itu masih dengan buah hatinya. Dia benar-benar serius mungkin. Ingin bernikah. Ya Allah! Aku tahu, rasa ini perit. Namun, tak sanggup aku nak luahkan. Aku tak nak mengecewakan sahabatku sendiri. Aku tak nak dilabel perampas. So, aku abaikan dan terus abaikan. Aku terus berusaha mensolehahkan diriku. Aku percaya, Dia sudah menciptakan seseorang khas untukku. Aku sangat yakin, bahawa ada si dia yang tercipta untukku. Ya! Bukan mudah nak hapuskan rasa suka dan sayang yang pernah bertakhta dalam diam. Namun, lama kelamaan, makin aku biarkan, abaikan, ianya semakin berlalu. Apa ubatnya?? Aku cuba rajin dan sibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah. Aku percaya dengan janji-Nya. ^^

‚ÄúWanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)‚Ķ.‚ÄĚ (Surah An-Nur : 26)

Sejak umur 17 tahun lagi, aku sudah tidak bermesej dengan lelaki walaupun sekadar kawan. Kecuali, atas dasar keperluan seperti pelajaran dan perkara penting sahaja. Kerana, aku tidak mahu ada sebarang rasa yang akan tersekat di jiwaku ini.

Hingga kini, memang ada beberapa insan yang cuba mengetuk pintu hati ni. Tapi, aku tak nak! Aku tak layan! Benar, jika kita kerap merapatkan diri dengan lelaki, mudah untuk syaitan mengambil alih hati kita dan menodainya. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku tidak mahu terleka dan terlena lagi dalam hasutan syaitan. Aku takkan sesekali mulakan sesuatu yang susah untuk aku hentikan. Alhamdulillah, aku kini sudah istiqamah bertudung labuh bulat. Memang kadang-kadang, aku dipandang pelik sebab bertudung labuh! Namun, aku abaikan mereka. Aku utamakan pandangan Yang Maha Esa.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.‚ÄĚ (Surah Muhammad : 7)

Dan, kini, aku tetap meneruskan perjuanganku untuk mensolehahkan diri dan menuntut ilmu demi Allah! Aku sudah mempunyai group usrah tersendiri. Bersama para sahabatku. Aku cintakan mereka kerana Allah. ^^

Moga suatu saat nanti, bila aku sudah bersiap sedia, Dia akan menemukan aku dengan insan soleh yang juga mencintai-Nya untuk mencintai dan menikahiku. Aku abaikan segala anasir-anasir rasa yang cuba menggugat dan melemahkan hati dan jiwaku. Aku hanya inginkan satu cinta! Cinta yang halal! ūüôā

Perasaan ini sungguh indah! Subhanallah! Perasaan tatkala aku sudah berjaya bertemu Dia. Tuhanku. Pemilik nyawaku. Jangan Kau ambil dan tarik semula hidayah-Mu ini. Aku sangat takut dan resah untuk berjauhan dari sisi-Mu. Aku tidak mahu terhumba ke gaung Neraka-Mu gara-gara kemurkaan-Mu.

‚ÄúApabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.‚ÄĚ (Surah Maryam : 58)

Sungguh, hatiku milik-Mu, Ya Rabbi! ^^

Kisah benar,

-seorang hamba Allah-

SENYUMLAH.. :)

Senyumlah, walau hati mu terasa sakit…
Senyumlah, walau diri mu merana…
Senyumlah, walau engkau disakiti…

Kerana dibalik senyuman mu itu…
Tersimpan satu kekuatan…
Kekuatan yang membangkitkan mu…
Memberikanmu semangat baru…

Di balik senyuman mu…
Timbul perasaan sabar…
Engkau ikhlas akan semua yang terjadi…
Engkau berserah pada yang Esa…
Kekuatan senyuman mu, memberikan mu kehidupan…

‚ÄúJanganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.‚ÄĚ (Surah al-‚Äėimran : 139)

Tersenyumlah.. ūüôā
Walau kita dianiaya dan disakiti tanpa henti.. ūüôā
Sesungguhnya, doa orang2 yang dizalimi itu mustajab.. ūüôā

 

KENALI MUSUH KITA

NAMA PENUH                                         :   Iblis Laknatullah

TEMPAT KELAHIRAN                             :   Sejak ia enggan sujud kepada Nadi Adam setelah diperintahkan Allah

STATUS DIRI                                             :   Fasiq kelas pertama

AGAMA                                                      :   Kufur

TEMPAT TINGGAL                                   :   Hati-hati orang yang lalai

KAWASAN DAERAH                                :   Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah(disco dll)

TUNJUK ARAH PERJALANAN                :   Bengkang-bengkok < tiada haluan >

TEMPAT TINGGAL TETAP                       :   Neraka Jahannam

ISTERI DI DUNIA                                       :   Setiap wanita yang tidak menutup aurat

KAUM KERABAT                                       :   Semua golongan taghut < tirani >

STATUS PERNIAGAAN                             :   Angan-angan kosong

TEMPAT PERTEMUAN                              :   Pasar

MUSUH / SAINGAN                                   :   Setiap orang Islam

DALIL / HUJJAH                                          :   Fatamorgana

MOTO KERJA                                             :   Hipokrasi asas akhlak

PAKAIAN KERJA                                       :   Segala warna

KESUKAANNYA                                        :   Orang lalai dari mengingati Allah

KELEMAHANNYA                                     :   Beristighfar

LAMBANG KORPORAT                            :   Sebarang tatu

PEJABAT                                                      :   Tandas dan bilik air

SIFAT                                                           :   Muzabzab, mengikut angin dan keperluan

RAKAN KONGSI                                        :   Orang munafiq, syaitan dalam kalangan jin dan manusia

SUMBER REZEKI                                        :   Harta haram

BILIK OPERASI                                           :   Tempat najis dan maksiat

JENIS PERKHIDMATAN                            :   Menyuruh kepada kemungkaran

ARAHAN                                                      :   Selalu mengarahkan manusia melakukan kejahatan dan keburukan

JAWATAN                                                    :   General manager golongan al-maghdhubi alaihim

TEMPOH PERKHIDMATAN                       :   Sampai kiamat

HALA PERJALANAN                                   :   Ke Neraka

LABA PERNIAGAAN                                   :   Haba an manthura < masuk angin keluar asap >

TEMAN SEJAWAT                                       :   Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran

JENIS PENGANGKUTAN                            :   Pembohong

GANJARAN                                                   :   Dosa

KAEDAH KOMUNIKASI                             :   Mengumpat dan mengintip

MAKANAN YANG DISUKAI                      :   Daging yang mati < ghibah mengumpat >

YANG DITAKUTI                                          :   Mukmin yang bertaqwa

YANG DIBENCI                                             :   Orang yang mengingati Allah

DAYA TAHAN¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† :¬†¬† ‚ÄúSesungguhnya tipu daya syaitan melemahkan‚ÄĚ

PERANGKAP                                                 :   Wanita

KEGEMARAN                                                :   Menggoda, mengayat dan menyesatkan

CITA-CITA                                                     :   Supaya semua orang Islam menjadi kafir

AJAL                                                               :   Pada waktu tertentu di hari qiamat

KERJA YANG DISUKAI                               :   Homoseks dan lesbian

PARA PENGHIBUR                                      :   Seniman dan seniwati

KOD PERTUTURAN¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† :¬†¬† ‚ÄúAKU‚ÄĚ < sebutan egoistik orang takabbur >

MENYEBABKANNYA MENANGIS           :   Bila mana orang bersujud kepada Allah