CINTA ITU BUTA..???

Cinta itu buta?
Memang cinta itu tidak bermata,
Tapi tidak pula buta,
Kerana kitalah mata itu,
Mata yang letaknya di hati,
Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
bukannya…
yang disuluh dari cahaya duniawi.
Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
Kelak ketajaman mata itu kian hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah,
Siramilah ia dengan basah lidah suarakan selawat buat Rasullullah,
Suburilah ia dengan muhasabah…

Firman Allah yang bermaksud : “Maka tidak pernahkah kamu berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya, bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Surah al-Hajj : 46)

 

Kenapa dikatakan cinta itu buta??

Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
Hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan orang tersayang,
Ingatan persis layang-layang terbang di awan terapung bersama angan-angan,
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal,
..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
.. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan,
.. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,
Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
Yang paling diendahkan..
Bilamana tanggungjawab sebagai hamba-Nya mula diabaikan,
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
..dek kerana mata hati yang mula kabur terjerumus dalam cinta dunia..

 

Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu.
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan,
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu,
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Neraka-Mu..Amin.
Namun begitu ya Allah, layakkah aku untuk CINTA AGUNG-MU??

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Dunia penjara orang Mukmin dan Syurga orang kafir.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

 

35 thoughts on “CINTA ITU BUTA..???

    • salam…
      jawapan yang sangat simple…
      sebab Allah sayangkan kita lah…
      Allah nak pelihara kita daripada cinta yang tidak sah dan halal buat kita….
      dan bila da sampai masanya,Allah akan serahkan kita pada seseorang yang dipercayai-Nya dan sentiasa dalam redha-Nya…carilah seseorang yang boleh membawa kita ke arah cinta kepada-Nya dan untuk memperoleh syurga-Nya…insyaAllah…

      ~salam ukhwah fillah~ =)

  1. saya ada boy,tapi kwan baik sya rampas.apa yang patut sya lakukan.pertama-putus kawan denganya-kedua-menghina-ketiga-mendiam kan diri-biarkan-hata rsa cemburu.siapa yang nmpak coment ini tolong oilihkan mana yg lbh sesuai u7ntuk dipertindakan

    • salam…
      jawapan yang sangat simple…
      sebab Allah sayangkan kita lah…
      Allah nak pelihara kita daripada cinta yang tidak sah dan halal buat kita….
      dan bila da sampai masanya,Allah akan serahkan kita pada seseorang yang dipercayai-Nya dan sentiasa dalam redha-Nya…carilah seseorang yang boleh membawa kita ke arah cinta kepada-Nya dan untuk memperoleh syurga-Nya…insyaAllah…
      kita tidak layak untuk menjatuhkan hukuman ke atas seseorang itu….setiap apa yang jadi ini pasti ade hikmah yang sgt baik buatmu…insyaAllah…
      erm,kat sini admin nak kongsikan sesuatu…kata2 dari Imam Al-Ghazali..
      “Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah SWT..tidak sedikitpun Allah SWT membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah SWT teramat mencintai dirinya..tetapi,andai kita bergelumang dengan cinta lelaki…di mana Allah SWT untuk menjaga kita..?Allah SWT seperti melepaskan kita kepada seseorang yang banyak mengecewakan kita…Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah SWT mahu mengambil kita kembali untuk dijaganya..Mengapa masih ragu2?kekuatan usah ditunggu tetapi,harus dicari…hargailah kesempatan yang Allah SWT berikan….sebesar-besar dosa adalah dosa yang kita lakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya..”
      wallahua’lam….maaf andai jawapan yang diberi tidak menepati kehendak…segala yg baik itu dtg dr Allah…dan yg buruk itu juga dtg dari Allah dan disandarkan pd diri ini yg sgt lemah…

      ~salam ukhwah fillah~ =)

    • salam…
      sedih tidak bermakna Allah tidak sayangkan kita…
      tapi,disebabkan sayanglah Allah beri kita ujian supaya kita lebih dekat dengan-Nya, sentiasa mengingati-Nya dan berkenalan dengan-Nya…
      kalau sedih,,ubatlah hatimu dengan zikrullah,sebut nama-Nya,alunkan ayat2 teragung kalamullah dengan seikhlas hatimu dan berselawatlah kepada Nabi kita yang tercinta SAW..insyaAllah kita akan beroleh nikmat ketenangan…
      semoga Allah memberkati dan meredhai hidupmu…

      ~salam ukhwah fillah~ =)

  2. cinta itu mmang buta.saya ada cerita mengenainya sya mempunyai seorang kwan baik bernama brenda wilod niun.dlam diam,dia mencintai kekasihku,kekasih ku begitun bdoh sehingga terpedaya tipu helahnya,kini kmi telah menjadi musuh ketat.apa yang patut saya lakukan?ada sesiapa boleh tolong????????????………………….please

    • Lupakan kisah silam, kisah kejahilan dahulu..
      Jangan sesekali kita ulangi.. 🙂
      Mulakan langkah baru berpandukan al-quran dan sunnah. 🙂
      Cari dan kejar cintaNya..
      semoga kita bertemu dengan kebahagiaan dan ketenangan.. 🙂

    • berkawan biar beribu..
      bermusuh jangan sekali….
      carilah kawan yang boleh membawa kita ke jalan yg diredhai-Nya..insyaAllah hidup akan bahagia…
      berkawan dengan penjual minyak wangi,insyaAllah..kita jugak akan mendapat tempias wangiannya….

      ~salam ukhwah fillah~ =)

    • assalamualikum.. oh,yeke? ^^
      samelah kita..hehe..
      kita tak sakitkan hati dia, kita cuma nak jaga hati kita daripada murka-Nya..
      tp, kalau kita dah bersedia daripada segala persiapan, maka, teruslah…nikah.. ^^
      redha Allah yang utama.. 🙂

      ~salam ukhuwah. terima kasih.~

    • assalamualaikum..
      kalau benar kita sayang, kita cinta, mesti kita nak bawa dia masuk Syurga bersama dengan kita kan? ^^
      kalau nak jadi calon penghuni Syurga pulak, takkan kita nak bermaksiat pada-Nya kan? ^^
      apepon, sebelum kita nak sayang orang lain, sayangkah kita pada-Nya?
      ya! cinta itu fitrah! tapi, Allah adalah yang paaaliiing utama!
      apa sekalipun, kita dahulukan pandangan Allah dalam setiap tingkah kita..

      ~just sharing~ 🙂
      ~salam ukhuwah, terima kasih.~

    • Salam…

      “erm,jawapan yg mudah difahami…insyaAllah….kita semua ni hamba Allah…insan yang suci adalah insan yang dijaga oleh Allah SWT..tidak sedikitpun Allah SWT membenarkan mana-mana orang (terutamanya berlainan jantina) menyentuh dirinya walaupun hatinya..kerana Allah SWT teramat mencintai dirinya tetapi,andai kita bergelumang dengan cinta manusia…di mana Allah SWT untuk menjaga kita..?Allah SWT seperti melepaskan kita kepada seseorang yang banyak mengecewakan kita…jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang manusia,bermakna Allah SWT mahu mengambil kita kembali untuk dijaganya.. mengapa masih ragu-ragu?kekuatan usah ditunggu tetapi,harus dicari…hargailah kesempatan yang Allah SWT berikan….sebesar-besar dosa adalah dosa yang kita lakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya..”

      ##terutama utk golongan wanita

      Wallahua’lam….

      Salam ukhwah….maaf andai tersalah bicara…=)
      ##sekadar perkongsian bersama…=)

  3. aku laki laki mencintai laki laki, aku sangat sayang dan cinta kepada laki laki itu, aku pernah bertemu pertama kalinya pas pensi SMAnya th 2010, sblmnya ak blm pnh kenal, dan dia hetero..semenjak aku ktmu dia ak jatuh cinta pandangan pertama..cinta itu buta, di kemudian hari th 2011 ak menemukan fb nya, 7 maret 2013 ak bertemu hny berpapasan di jalan.rasanya aku nyaman sayang namun jg sgt sakit, krna dia tak mungkin ku miliki.namun selalu ak mensyukuri nikmat Allah.

  4. Kau mencintai seseorang karena ada yg kau suka padanya dan ingin kau rasakan, kau ingin miliki atau keharusan. Klw tidak ada, itu bkn cinta namanya. Jd cinta itu buta???

  5. Cinta memang tidak buta. cinta yaitu suatu hal yang murni, luhur serta dibutuhkan. yang buta yaitu seandainya cinta itu menguasai dirimu tanpa satu pertimbangan.. 😀

  6. CINTA ALLAH ADALAH MUTLAK.. kita hruslah mncintai ALLAH lbih dri sgalanya.. dri ALLAH kiter dtg,maka dri ALLAH jgalah kiter kmbali…

Leave a reply to nissa Cancel reply