ETIKA PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT ISLAM

1. Menundukkan Pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; dan katakanlah kepada yang beriman, hendaklah mereka menahan pandanganya dan memelihara kemaluannya (an-Nur:31).

2. Menutup Aurat

ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nur:31). Juga firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (al-Ahzab : 59).

3. Adanya Pembatas Antara Lelaki Dengan Perempuan

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari sebalik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab (al-Ahzaab:53).

4. Tidak Brdua-duaan Di Antara Lelaki dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi).

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (al-Ahzaab:32). Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah betapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertiann janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia bebicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir:3/350).

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik dari menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabarani dalam Mujam Kabir). Berkata Syeikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah:1/44). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aisyah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

About these ads

8 thoughts on “ETIKA PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN MENURUT ISLAM

  1. Bagus :D

    Mudah2an niat dan usaha yang baik ini diganjari ALLAH subhanahu wata’ala.

    Teruskan berdakwah melalui blog ini. Ia bakal menjadi amal jariah dan bekalan buat kita tatkala kita semua dibangkitkan nanti.

  2. salam dr dakwah remaja

    sebenarnya isu ni dah banyak kali saya tanyakan, cuma saya belum yakin. mungkin ingin mendengar pendapat dr dakwah pula.
    mengenai peranan doktor dan jururawat yang terpaksa menyentuh pesakit untuk merawat mereka.
    ada pendapat mengatakan boleh atas tujuan merawat
    ada pendapat ekstrim mengatakan tidak boleh, hanya boleh merawat kaum sejenis sahaja.
    semestinya pandangan mereka berdasarkan hujah yang jelas dr alquran dan hadith.

    apa pandangan drdakwah?

    soalan ini berkaitan langsung dengan saya, kerana saya adalah seorang pelajar perubatan, tahun 2.
    sekian. Allahu a’lam

  3. assalamualaikum~
    berkenaan :
    “ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya”

    mohon perjelaskan kerana ada yang mengatakan firman Allah ini membawa maksud melihat wanita bukan mahram juga adalah termasuk di dalam zina kecil.. adakah benar tafsiran begitu? wallahualam..

    • maaf pipot..
      bab tafsiran, eloklah tanya pada ustaz/ustazah yg lebih alim..
      kami x layak dan belum cukup ilmu utk memberi tafsiran..

      hadis ada menyebutkan, zina itu terbahagi kpd byk..
      antaranya, zina mata..
      mata melihat perkara2 maksiat dan diharamkan..
      melihat bukan mahram dibolehkan andai ada urusan..
      spt belajar, ingin meminang, dll..
      ketika meminang, lelaki dibolehkan utk melihat calon isterinya dahulu..
      tetapi tetap sbg bukan mahram..
      kenelah jaga aurat iaitu menampakkan muka dan tapak tangan shj..

      waalahua’lam..

  4. Assalamualaikum.bhgn menutup aurat,”Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (an-Nur:59).
    Bukan dari surah al-Nur,tapi dari surah al-Ahzab.. :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s