5 SEBAB KENAPA “COUPLE” HARAM

KENAPA COUPLE HARAM??

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram?. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah
haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam
memelihara kehormatan seorang wanita.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan terdapat di dalamSurah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”*

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya :

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**

(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

71 thoughts on “5 SEBAB KENAPA “COUPLE” HARAM

  1. “Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM”

    means couple ni betoi2 haram ke tak? tak faham la statement nieh..huhu

    • mestilah ada mahram bila nak bertemu (paling elok, mahramnya, ibu bapa)..
      hubungan yg dibina pula mestilah ada tujuan..
      iaitu ingin membina perkahwinan yg sah..
      bukan hunbungan main2 cinta saja atau berfoya-foya..
      lg 1, hubungan mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak ibu bapa..
      jgn sesekali ambil kesempatan utk asyik berjumpa je sbb syaitan itu licik..
      perangkapnya merangkumi hati kita..
      hati akn sentiasa ingat dekat si dia andai selalu bertemu..
      hati akn lalai dan alpa mengingati Allah..
      rujuklah ibu bapa dlm hal ingin berumah tangga ni..
      kita kena ingat..
      NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA..

      couple membawa maksud pasangan..
      dlm islam, pasangan hanya wujud selepas sah akad nikah..
      cinta yg halal saja diredai Allah.. :)

    • Niat hendak kahwin tu memang baik..
      tapi, kita kene ingat..
      niat tak pernah menghalalkan cara..

      lihat pada cara kita..
      kalau sudah namanya pasangan bercinta atau couple, mana mungkin tak wujud dendam rindu, mesej setiap masa dan berdating dll..

      kalau betul kita sygkan pasangan kita..
      kita mesti tak nak kita dan pasangan kita masuk Neraka..
      betul tak??

      jadi, nasihat kami di sini..
      jika anda seorang yang sudah dewasa dan bekerja, maka, percepatkanlah niat suci anda itu..
      tetapi, sebelum lafaz ijabkabul terungkap, maka batas2 pergaulan perlu dijaga..
      dan, ibu bapa wajib mengetahui dan merestui hubungan kalian.

      jika anda masih lag belajar..
      maka kejarlah cita2 anda dahulu..
      barulah fikir soal cinta..

      cinta tak semestinya perlu bercouple..
      cinta tak memerlukan syarat..
      cukuplah kita berdoa setiap hari minta Allah berikan kita jodoh yg terbaik pilihan-Nya..
      itu asas penting..
      dan ingat, janganlah sesekali kita pinggirkan Allah dalam soal hati..
      kerana tanpa cinta dan reda-Nya, kita tidak bermakna walaupun kekasih hati kita mencintai kita..

      wallahu’alam..

  2. smuga kta sebagai muslimat mjge sebaiknya harga diri kurniaan Allah ini………..jodoh adlh rahsia Allah..serahkan sgla-galanya kpdNYA

  3. assalamualaikum….

    apa hukumnya kalau kite merindui seseorang yang tidak halal bagi diri kite sedangkan kite mencintai secara diam dan berniat untuk mengahwininya..(tidak pernah bercouple dan berdating dengannya)

    • lebih afdol kalau “keliru” bertanya dgn ustaz atau ustazah agar tidak bertambah keliru..
      zina itu banyak : zina mata (memandang perkara maksiat), zina tangan (menyentuh bukan mahram), zina kaki (menuju ke tempat maksiat), zina hati (merindui serta mendamba seseorang dengan ghairah)..
      sayang,cinta, rindu itu fitrah manusia..
      namun, perlu ada batasnya..
      jika perkara2 itu datang di benak hati dan fikiran kita, sedang kita masih belum bersedia utk memikul tanggungjawab sbg seorang isteri atau suami, maka jgn terlampau dilayan perasaan2 itu kerana makin dilayan, makin syaitan masuk ‘line’..
      Bila kita melayan perasaan, syaitan akan memainkan peranannya iaitu mengganggu gugat hati dan fikiran kita untuk ke arah memikirkan si dia lebih dari mengingati Dia.

      Ibnu Qayyim berkata : “orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakan. Barangsiapa yg terjun ke dlmnya maka ia termasuk org yg menzalimi diri sndiri, trtipu dan akhrnya binasa. jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap org yg dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

      Akhir sekali, tqarrub ilallah..dekatkan diri dgn Allah..insyaAllah..kita boleh hadapinya.. :)

  4. tolong beri dalil atau rujukan hukum couple ini harus ye… serta penjelasan terperinci asal hukum ini. setahu saya bertunang pun dilarang berkasih-kasihan, inikan pula couple… kahwin je boleh berkasih-kasihan ni…

    • maaf..
      ade beberapa kesalahan yg kami tdk sengajakan..
      maaf lg sekali..

      bukan hukum couple tu harus..
      tp, berkasih syg..
      sesama insan..

      bukankah ada hadis sohih Nabi s.a.w. ada menyebut..
      “tidak beriman seseorang kamu sehingga dia menyintai saudaranya lebih dari dirinya sendiri”

      maaf ats kesilpn teknikal..
      terima kasih..

    • mustahil bile namanya “couple”..
      kita tak merindui kekasih hati kita..
      kita tak mesej atau calling si dia..
      kita langsung tak memikirkan buah hati kita..
      betul tak??

      bila namanya couple, mesti orang pelik dan tal percaya kalau kita bercinta tapi takde berdating dan macam2 lagi..
      itu tabiat yang dah biasa orang pandang utk “couple”..

      sebab itu, jangan sesekali samakan cinta dan couple..
      itu sesuatu yang berbeza..
      cinta itu suci dan murni tanpa dosa dan noda..
      couple macam2 ada..

      apepon, kejarlah cinta-Nya dahulu..
      tunaikan harapan ibu bapa..
      kemudian, insyaAllah..
      bertemulah dengan cinta kita..
      mudah2an terpelihara.. :)

    • menyesal adalah taubat peringkat pertama..
      taubat yang diterima-Nya adalah taubat nasuha..
      sama2lah kita berusaha ke arah taubat itu..

      Surah Az-Zumar ayat 53
      Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

      sebab tu, pentingnya utk kita mendalami dan memahami ilmu agama dgn sbaiknya..
      agar kita tak mudah dipesongkan oleh pengaruh dan budaya barat.. :)

  5. abeh 2 bkn kte nk kwen dlu bru knl2??xaci laa jugak..klu kte pndai jge dri kte,,pndai laa kte mengelak maksiat..xp ad baik dan keburukkan antra sesuatu perkara..sbab tulah kte x boleh nk men ckap aje..

    • ye..itu ada betulnya..
      tapi ingat..
      islam ni indah, adil dan syumul dlm segala perkara..
      dlm hal munakahat pon ade cara2nya..

      sbb syaitan tu liciklah kita dilarang melakukan mukaddimah2 zina..
      perkara2 lagha ni memang menyeronokkan..
      berbual yg tidak penting bersama bukn mahram..
      bergayut lama2 di telefon..dll..

      bukan saja berzina, mendekatinya pun sudah dilarang..

      “dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah sutu perbuatan keji dan jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : ayat 32)

      “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Surah Al-Ahzab : 36)

  6. assalamualaikum,,,,,, ade sorang shbat sye … dye kte dye couple sbb plajrn……mcm b’saing dlm plajrn….. boleh ke…?

    • NIAT TAK PERNAH MENGHALALKAN CARA..
      jangan sesekali kita lupa tu..
      syaitan selalu menampakkan keburukan baik di mata kita tetapi hakikatnya adalah sebaliknya..

      itu hanya alasan..
      jangan sesekali gadaikan kebahagiaan di akhirat dengan hanya beralasan di dunia..

      Said Ibn al-Musayyab berkata : “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”

  7. ermmm,,,,cm ne plk kalo kte kapel tpy x pnh g dating,,,,jmpe pown x pnh,,,,mksdnyer hbgn jrk jaoh,,,,tu pown kire brdose gak ker????

    • mcm yang pernah kita tahu..
      niat tak pernah menghalalkan cara..
      ok..
      couple?
      x pernah dating?
      x pernah berjumpa?
      hbgn jarak jauh?
      nama pun hbgn jarak jauh..
      mesti ada mesej2 nak meluahkan rindu dll..
      mesti ade call jg kan..?

      “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Surah Al-Ahzab : 36)

      bila kite berhubung dgn seseorang ajnabi tanpa ada keperluan..
      syaitan akn cuba melengah2kan perbualan..
      berhubunglah atas dasar keperluan..
      bukan atas dasar perasaan..
      Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

      Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

      bila kita betul2 serius dlm perhubungan..
      beritahu ayah dan ibu..
      biar mereka jd perantara antra kita dgn pasangan kita..

      hubungan yang mendapat pengiktirafan drpd Allah hanyalah NIKAH..
      bukan hbgn maen2 cinta, bukan couple, bukan jg tunang..

      islam tak menghalang utk berhubung dgn lelaki atau perempuan ajnabi 100%..
      islam hanya membataskan..
      bila ada keperluan,barulah berhubung..
      ini semua berdasrkn ‘mencegah lebih baik’..
      x gitu? sbb syaitan ni bijak yg amat..

      Terjemahan ayat 32, surah al-Israa’ yang bermaksud ; “Dan janganlah kamu mendekati zina ; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

      Kita memang tahu bahawa zina itu haram hukumnya. Ayat ini bukan saja melarang kita melakukan zina, malah, mendekati zina itu pun Allah sudah larang. Gejala couple inilah salah satu cara untuk kita mendekati zina.

      Mula-mula, kita berkenalan dengan seseorang, kemudian, bermesej pula. Kemudian, melalui telefon pula. Tak puas, mula mengatur pertemuan. Tak cukup dengan itu, tangan mulalah nak pegang-pegang. Dan sebagainya lagi. Na’uzubillah.

      Wallahua’lam.. :)

  8. hurmm..pham 2 pham larr..tpi cm ne pulak klau kite couple sbb kite mang dh cinta kt dye..xleh nk lpas kn dye..slma niy dye baik ngn kite..xprnah pun niat nk mndekati zina..????

    • cinta??
      kalau cinta..silakanlah utk bernikah.. ^^
      itu adalah jalan yg terbaik..
      kalau belum bersedia, buat apa nak bercouple?
      buat apa nak bercintan-cintun?
      bukankah itu hanya akan membuka ruang utk syaitan membisikkan kata2 godaan??
      mendekati zina memang tak pernah ada sesiapa yang niat..
      tapi, cara kita..
      cara itu yg memainkan peranan..
      niat tak pernah menghalalkan cara.. ^^

      “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Riwayat Ibn Majah)

      Pasangan yang ber’couple’ hari ini menganggap ber’cinta’ mereka itu indah sebab :

      – Selalu berbalas sms dan call

      – Selalu ber’dating’ bersama

      – Selalu ke hulu ke hilir bersama

      – Selalu berpegangan tangan ke sana ke sini

      – Selalu mesra berdua bersama

      Itu bukanlah sebenarnya cinta wahai sahabatku sayang. Perbuatan-perbuatan itu halal dan dianggap cinta seandai diri sudah selesai diijabkabulkan. Bergelar isteri. Bergelar suami.

      Andai belum,itu adalah strategi syaitan untuk memperdayakan langkah kita menuju ke Neraka. Jangan sesekali ikut telunjuk ajaran pesong bisikan syaitan. Kelak, nanti syaitan itu yang akan ketawakan kita sebab masuk Neraka bersama mereka. Mahukah kita seperti itu?? Kata cinta!

      Andai cinta, pasti kita ingin berkasih sayang di Syurga-Nya..
      Andai sayang, pasti kita mahu berterusan hingga ke Jannah-Nya..
      Tak gitu??

      Jadi, ukurlah cinta kita. Apakah tingkah kita dalam ber’cinta’ menuju ke arah Neraka atau Syurga?
      Benarkah kita cinta?

      Atau hanya suka-suka?
      Atau hanya hendak membuang masa?
      Atau hanya hendak melayan nafsu durjana?
      Atau hanya hendak membuktikan ke’laku’an kita?
      Atau hanya hendak menayangkan keegoan kita?

      andai sudah bersedia, silakan utk bernikah..
      itulah sebaiknya..
      andai belum, fokuslah pada tumpuan cita2 kita dahulu..
      kejar cita2 dahulu, cinta akan mengejarmu..
      bukankah kita perlu terlebih dahulu mencintai yang mencipta lebih dari yang dicipta?? ^^

      ~moga Allah reda usaha kita untuk menggapai cinta-Nya.. ^^,
      ~wallahua’lam..terima kasih ya.. ;D

  9. hm,ku sngat2 tharu dn kjiwa stelah ku tahu bhawa couple itu haram :’) tapi ku sngat2 memahami dn mempercayai bhawa Allah itu Maha kaya dn Maha adil..hm,aku mempunya seorang kekasih yg sngt2 memahami kn diriku brgitu juga aku trhadapny.. :’) tapi semalam ku bru tahu yg couple itu haram,,dia yg membrithu kpda aku..kmi menangis krana rasa brdosa besar dn rasa hancur djiwa,bru jua kmi mrasa bhagia tnpa prasaan maksiat dn niat kmi kuat sngt2 untuk brtunang slepas kekasih ku slesai belajar,tapi aku sendiri bru jua hendak mencari pekerjaan yg sesuai untuk masadpnku dgnny..niat ku untuk brtunang dgnny adakh dangp baik atau tidak juga? :’)

    • alhamdulillah..
      kalian berdua lembut hati kerana sudi menangis kerana-Nya..
      saya suka nak berkongsi ayat ni..

      “Terus terusan memikirkan masa lalu hanya akan membunuh masa depan. Bukankah semua orang berhak diberi kesempatan?” -Melukis Pelangi – Oki Setiana Dewi

      baguslah kalau anda dah ada niat utk bertunang..
      jangan sekadar niat nak bertunang, tp, niat nak jd kekasih halal, suami isteri.. ^^
      dan, jalan menuju ke arah itu juga mestilah di bawah reda-Nya, bukan murka-Nya..

      selamat maju jaya..
      bekerja merupakan salah 1 tanggungjawab seorang suami..
      memberi nafkah.. ^^
      dan, mantapkan ilmu agama dalam diri..
      agar kita tetap dan terus istiqamah..

      wallahua’lam..

    • nama pun ber’dating’.. ^^
      walaupun berdua2an di khalayak ramai, tetap boleh menimbulkan fitnah..
      tu yg timbulnya gosip dll..

      bila hendak berjumpa, ajaklah mahram, lebih afdhol, ibu bapa.. ^^
      sebaik2 dating adalah selepas nikah.. :)

      Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya wanita.
      “Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
      Adakah para muslimah mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??

  10. saya amat keliru sekarang, saya mempunyai kekasih tapi kami sememangnya berkasih untuk membina rumahtangga bersama. tapi saya menjadi keliru, patutkan saya teruskan hubungan dengan nya sedangkan kami baru sahaja lepas habis sekolah menengah, dan menunggu untuk lanjutkan pelajaran, belajar dan perlu cari kerja lagi, patutkah saya teruskan hubungan ini?

    • terima kasih sebab sudi membaca blog ini dan bertanyakan pendapat kami.. :)

      baru habis SPM?? Tahniah sebab nak masuk U.. Jaga iman baik2 ye.. ^^

      1) ibu bapa awak tahu tak yang awak ni dah ada kekasih dan berniat nak bernikah??
      kalau ibubapa tahu, alhamdulillah..senang sikit urusan..
      sebab kalau apa2, boleh inform dan tanya pendapat mereka..
      kalau belum tahu, better beritahu.. :)
      restu ibu bapa kan penting.. ^^

      2) fikirkan jangka masa panjang..
      adakah awak pasti yang awak dan dia boleh menjaga batas selama berapa tahun??
      yakinkah 5 tahun? 10 tahun? atau setahun?
      sebab syaitan ini licik dan bijak..
      dia akan cuba menghasut dan menggoda kita dengan pelbagai cara..
      untuk buat kita jatuh ke Neraka bersama mereka..
      dan, bila kita ikut cara syaitan, mereka pasti gelakkan kita..
      mahukah kita??
      semestinya tak nak kan.. ;D

      3) adakah awak dan dia boleh jamin yang hubungan sebagai kekasih ini boleh terus kekal??
      adakah awak dan si dia jamin, bila masuk universiti nanti, kamu berdua still setia??
      tak cari orang lain??
      mana tahu, jumpa lebih kacak, lebih solehah, lebih cantik dan lain2.. ^^

      4) kita tak boleh jamin adakah hubungan sebagai kekasih ini mendapat redha Allah..
      jika sudah berjauhan universiti nanti, pasti akan ada rindu..sebab rindu itu fitrah..
      bila sudah rindu, kita akan selalu bermesej dan bercall dengan si kekasih hati..
      untuk melepaskan rindu..
      itukah jalan yang diredhai Allah?? ^^
      tak kan..
      itu adalah jalan mendekati zina..
      bila sudah begitu, kita mula mengatur pertemuan dll..

      *kami memberi pendapat, awak berbincanglah dengan kekasih awak tu. terangkan hukum-hukum. kalau hendak teruskan, terus teranglah dengan ibu bapa.
      biar mereka tahu. kedua-dua belah ibubapa. awak datanglah rumah dia untuk berjumpa dengan ibu bapa dia.

      libatkan ibubapa dalam soal hati kita..
      kalau tak bersedia, buat apa nak bercinta??
      bukankah itu hanya akan membuatkan hati parah dengan cinta palsu sahaja??

      Apapun, utamakan Allah dalam segala perihal kehidupan kita..
      InsyaAllah..
      semoga berjaya menjadi muslim soleh pada pandangan-Nya!
      wallahua’lam.. :)

    • waalaikumussalam warahmatullah.. ^^
      zina hati adalah apabila kita merindui seseorang yang bukan mahram sambil fikiran ligat membayangkan
      perkara yang bukan-bukan iaitu seperti sedang berzina dengan si dia. sedang melakukan perkara2 yang mengundang murka-Nya..
      barulah dikatakan sebagai zina hati..

      *rindu kepada seseorang adalah fitrah. itu tidak salah. ^^
      *namun, rindu yang terlalu asyik (24 jam asyik teringatkan dia saja),
      maka syaitan pasti akan menyuntik hasutannya sehingga kita terjatuh dalam permainan syaitan..
      hingga terjadinya zina hati..

      oleh itu, jagalah hati..jangan kita kotori.. ^^

      wallahua’lam..

  11. saya nak bertanya kan tentang pendapat saudara. saya ada kawan baik, kami dah kenal 5tahun dan sekolah yg sama. dia sekarang couple ngn lelaki yang bagi saya dia baik. tapi ada kurangnye jgak. kawan saya snggup tukar num yang private bagi senang tuk dyorang berhubung sampaikan saya rasa tersisih sebgai kwn baik nya. mereka berkasih dan berniat untuk bernikah suatu hari nnti. mak ayah pihak kawan saya tahu mereka berkasih tapi pihak lelaki saya tak pasti. apa pendapat saudara tentang perubhan kwn saya smpai snggup tkar num, patut kah saya persoalkan isu ini pada kawan saya atau lebih baik saya berdiam diri shja sbb itu soal hidup dia???patut tak saya cmpur urusan cinta dyorg?

    • *kami, saudari* ^^

      bercinta sampai sisihkan kawan??
      erm.. itu sebenarnye perkara biasa bg org yg asyik bercinta..
      sebab, pakwe or makwe adalah yg top dalam carta hati diorang..
      baguslah kalo mak ayah mereka dah tahu..
      tapi, mak ayah mereka pantau atau tidak perhubungan dan komunikasi diorang??
      bukan bermakna mak ayah dah tau, kita boleh buat sesuka hati kita..
      boleh sms, calling2 selalu..
      tujuan kita bgtau mak ayah tentang sesuatu hubungan adalah supaya kita boleh
      update pasal si dia melalui ibu bapa dan boleh inform apa2 hal penting kpd mereka..
      nak bg surat ke, nak bg hadiah ke, nak bincg soal kawen ke,
      mesti dgn izin ibu bapa..mesti dgn komunikasi dgn mereka..

      niat tak pernah menghalalkan cara..
      bagus ada niat untuk bernikah dgn sahabat kamu tu..
      tapi, cara dan jalan pon kenela seiring dgn batas2-Nya..

      nasihat dan teguran bukan untuk masuk campur urusan cinta..
      tapi, sebab kita sayang kawan kita tu la kita tegur..
      kalau kawan kamu seorang yg rapat dan akrab dgn kamu,
      berborak dan tegurlah die dgn cara yg betui dan berhikmah..

      mungkin, saudara boleh baca blog ni.. ^^
      bermanfaat utk topik spt ni..
      http://langitilahi.com/7769

      kalau dia seorang yg sukar menerima nasihat..
      buatlah apa2 yg patut..
      cth : ajak die dgr ceramah dkt youtube ke..
      ceramah ustz azhar idrus, dr.maza, dll..

      apepon, usaha utk menyeru ke arah kebaikan tu ada..
      jgn mudah putus asa..
      buatlah dgn berhikmah..
      dan salurkan doa pada Yang Maha Esa..

  12. salam..sy ingin bertanya ttg diri sy…sy juga punya pasangan yg masih tiada ikatan yg sah hampir 4 tahun…tp kedua2 keluarga sudah mengetahui ttg kami sejak 2 tahun yg lalu..kedua2 masih belajar di peringkat ijazah..satu negeri tetapi jarang bertemu kerana belajar di tempat yg berlainan.kami tidak kisah bercinta jarak jauh dan tidak berjumpa walaupun berbulan2 lamanya, alhamdulillah kami masih mampu hidup seperti biasa. Hubungan antara kedua belah keluarga saling ziarah menziarah walaupun saya tiada ketika itu.. alhamdulillah, hubungan kami mendapat restu kedua belah pihak… Dan dia memang serius untuk mengambil saya sebagai isteri tetapi katanya dia masih tidak bekerja dan tidak mampu untuk menyara saya jika masih belajar kerana dia tahu perbelanjaan bulanan saya tinggi walaupun secara zahirnya dia mampu..dia bimbang tidak dapat memberi nafkah kewangan yg cukup…lagipun keluarga saya tidak membenarkan saya berkahwin semasa belajar..dan terpaksa menunggu kakak saya berkahwin dahulu baru saya dapat berkahwin…untuk pengetahuan, saya banyak berubah ke arah kebaikan dari segi agama (cuba belajar islam semula), pakaian (sudah tidak memakai ketat2 dan sentiasa longgar, cuma masih belum ada kekuatan memakai tudung labuh 60′),dan cara hidup (tidak banyak keluar terutama keluar malam dan bergaul dengan ramai orang terutama lelaki) sejak saya mengenali dia..lelaki ini sebenarnya 1 sekolah dengan saya tapi kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain walaupun saya dan kawan2 dia saling berkawan..kami kenal selepas hampir 3 tahun tamat sekolah…persoalan saya, bagaimana dengan status hubungan kami?adakah haram kerana kami menjalinkan hubungan yang tiada ikatan ini @ dipanggil couple…?

    • waalaikumussalam.. :)
      pertama sekali, terima kasih sebab dusi bertanya pendapat di blog ini..
      moga-moga, isi dalam blog ni bermanfaat utk anda..

      alhamdulillah, hubungan saudari sudah pun direstui dan diketahui keluarga..
      hubungan keluarga pon makin akrab..
      tu sesuatu yg bagus.. :)
      kiranya, saudari dan dia serta keluarga sedang berusaha untuk membuat hubungan yang serius la kan..
      tinggal halangan : belajar..

      1st. tak salah kalau nikah masa BELAJAR tp KENA BERSEDIA..
      jadi, siatuasi saudari dan dia masih belum bersedia..
      belum ada pekerjaan tetap dll..
      wang bukan segalanya, tp, segalanya memerlukan wang..
      betul tak? ^^

      jadi, bila belum bersedia sepenuhnya, tapi, kita sudah punya calon yg kita suka akan agamanya, keluarga pon suka..
      maka, sediakanlah diri kita..
      persiapkan soleh dan solehah dalam diri..
      biarlah dua-dua berjuang dan bercinta dengan pelajaran..
      bila sudah habis, sudah punya kerja (spt yg dimahukan keluarga, iaitu punya kerja tetap), maka, segeralah utk bernikah..

      bercouple itu bermaksud berdua2an dan lebih menuju ke arah kemaksiatan (walau sekadar sms kosong)..
      syaitan ini bijak..
      ada yang berkata ; “saya tidak bercouple! saya cuma hantar sms tazkirah utk beri peringatan padanya. saya call dia tiap pagi sebab nak kejut dia solat subuh. saya study group berdua dengan dia sebab nak berjaya sama-sama.” ~oh syaitan! betapa bijaknya kau!~

      berubah dan berhijrah ke arah kebaikan, biarlah benar2 ikhlas kerana Allah..
      bukan kerana kehendak manusia..
      kita ambil manusia itu sbg alat, tetapi kita berubah hanya kerana Allah.. ^_^

      saudari boleh dengar di sini berkenaan hukum bercinta ;

      bagi situasi saudari, jika saudari dan dia menjaga batas, sms tntg keperluan yg benar2 saja, berhubung atas dasar keperluan,
      bukan atas dasar perasaan..
      tidak bertemu berdua..
      malah, ibu bapa tahu tentang anda berdua..
      jagalah baik-baik, biar atas jalan agama dan syariatNya..
      sehingga kalian nikah..
      barulah segalanya menajdi halal.. :)

      bila rasa rindu, rawatlah dgn istighfar..
      bila rasa mahu bertemu berdua, ingatlah tentang Neraka..
      bila rasa mahu sms menyatakan perasaan, maka ingatlah Allah..

      “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” (al-Isra: 32)

      wallahua’lam..

    • Minat dan rasa suka itu fitrah.. tidak salah..
      jadi.. disebabkan ianya fitrah, maka kita tak perlu nak memberat-beratkannya..
      kerana rasa itu boleh datang sesuka hatinya..
      kita teruskan usaha untuk ‘menjadi’ yang solehah sebelum sibuk ‘mencari’ yg soleh.. :)

  13. asalamualaikom..
    saya ada seorang kwan keadaan dy kurang tenang akibat bercinta tetapi tiada ikatan..
    skarang dorang suka same suka tapi lelaki tu bagitau kwan sye spaya jgan beri harapan dan cari lelaki lain…bila kawan sye ni cari kwn lain knpe lelaki itu mempertikaikan kesetiaan dy pada lelaki tu…pada hal dy yg suruh kwan sye ni cari owg lain…

    • waalaikumussalam.. :)
      letakkan setinggi2 harapan hanya pada Allah, bukan pada mahkluk yang serba lemah..
      jangan rumitkan diri dengan cinta yang belum pasti..
      jika sudah bergerak ke arah sedia, ilmu agama, kewangan yg kukuh, pemikiran matang dan diri, maka, ikutlah acuan Islam yang sebaiknya..
      mohon petunjuk-Nya.. :)
      cinta bukan sekadar suka, kahwin pula bukan soal cinta semata2, tapi, lebih kepada tanggungjawab dan pembinaan ummah..
      kerana Allah..
      wallahua’lam..

  14. Sangat3 setuju ! Jauhi couple, bukan setakat dari segi zahir (duit, masa, etc) tapi dari segi dlmn, hati dan perasaan juga sehingga ada yg bunuh diri disebabkan gagal bercinta. “Cegah itu lebih baik dari mengubati.”

  15. Pingback: Sebab Sebab Mengapa ‘COUPLE’ Itu Haram | Izzad's Space

    • ya benar.. admin pun tak kata yang Islam mengharamkan secara total.. :)
      Islam ni kan sifatnya wasatiyyah iaitu pertengahan..
      ia tidak membebankan tetapi tidak juga terlalu mempermudahkan hingga kita boleh sambil lewa.. :)
      bersederhanalah. :)
      terima kasih sebab berkongsi.. :)

  16. Assalamualaikum..
    untuk pngetahuan sye msih blajar skolah mnengah dn akan tamat thun dpan.. sye mmpunyai seorg “TEMAN” .. yg rapat dn mesra .. 5 thun lbih tua .. bru2 ni sye ad terfkir untuk brubah ke arah lbih baek.. terdetik untk mematuhi sgala suruhan nya dn jauhi prkara yg DIA benci .. masalah nya skrg, teman sye tu trlalu meletak hrapan tinggi pde hubungn kami dn sye yakin dye akan sakit hati dn kecewa klau sye tinggal kn dia mcm tu je.. sbb sye prnah buat mcm tu dlu pde die… ap pndapat dn cdanngan yg mngkin dpt mmbantu sye .. trima kaseh :)

    • kalau kita terus2an fikir apa kata manusia, memang takkan bawa kita ke mana..
      tapi, kalau kita utamakan lebih pandangan Yang Maha Pencipta, itu petanda bersungguh2nya kita nak berubah kerana Dia.. :)
      semoga berjaya!
      **fikirlah untuk jangka masa panjang..bukan untuk jangka pendek yang membayangkan keseronokan semata2.. :)

  17. Allah menciptakan lelaki dan perempuan (baca Adam dan Hawa) dalam bentuk yang paling indah (baca surah Attin). Anda dapat membayangkan betapa penulis itu telah menguaraikan panjang lebar tentang haramnya berzina tetapi sepertinya naluri manusia sangat mendambakan “Pacaran” dengan alasan agar dua makhluk yang ingin melanjutkan hidupnya kejenjang rumah tangga tidak terlihat kaku tanpa saling kenal-mengenal sebelumnya. Berbeda di zaman Nabi dimana zaman sekarang manusia berkesempatan untuk pergi keberbagai pelosok dunia ini hingga kerap bertemu sampai saling tertarik satu sama lain. Persoalannya dilarang “berpacaran”. Tidakkah kita renungkan kenapa pergaulan bebas antara dua jenis insan dibenarkan setelah mereka nikah? Kalau begitu maaf diantara kita masih belum tuntas memahami persoalan pacan. Maksud saya kita perlu mengkaji ayat-ayat Allah barangkali ada yang belum terbaca ataupun terbaca tetapi belum mampu memahami, apa yang dimaksudkan Allah. Berhubung persoalan ini sangat mnyelimet, saya tidak menjelaskan langsung disini bagaimana jalan keluar yang redha Allah dalam persoalan yang sangat digemari kaum muda-mudi sekarang ini. Sampai ketemu dilain kesempatan untuk penjelasan selengkapnya. Salaamun alaikum warahmatullah

    • Islam xde couple2 ni.. :)
      yang ada :-
      bercinta secara haram itu haram..
      bercinta secara halal itu halal.. :)
      **semak semula, benarkah cinta kita mengikut syariat? ada libatkan ibu bapa? ada menjaga ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan)? dll..
      moga Allah redha, usaha2 kita nak meraih cintaNya.. :)

      **boleh baca blog Langit Ilahi.. :) atau baca buku ‘Sebelum Aku Bernikah’ karya Hilal Asyraf. Karya2 Fatimah Syarha. Bagus untuk bacaan kita. :)

  18. Assalamualaikum,
    saya sdg bercouple,
    betul kata DDR,
    ble couple xterlepas dari mbazir,
    walaupun hubungan kami jarak jauh..
    kami mesti ada mesej &call nak meluahkan rindu etc.
    so lately ne saya rase sangat2 dosa,
    saya tak nak hubungan ne terus2 digelombangi dgn dosa,
    jadi apa harus saya buat,
    saya terfikir untuk memutuskan hubungan ini,
    jadi bolehkah DDR bagi idea bagaimana harus saya cakap dgn pihak sana?
    supaya dia boleh trima kputusan saya ne..

    • alhamdulillah, Allah campakkan rasa berdosa dalam diri kamu..
      jangan ditangguh2 niat untuk bertaubat..
      kembali padaNya, lakukan solat sunat taubat..
      beritahu dia baik2 melalui surat/mesej..jgn2 dipanjang2kan takut kita bakal kembali sayang nak melepaskan.. :)
      atau..beri dia buku/ cerita pendek tentang bahana bercouple.. :)
      semoga Allah redha..
      wallahua’lam.. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s