APA ITU AURAT??

Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban, manakala dari segi istilah syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

Aurat lelaki:

Lelaki yang akil baligh wajib menutup aurat dengan sempurna mengikut syarak. Batasan aurat lelaki telah pun jelas disebut oleh Rasulullahlah s.a.w. melalui hadis yang diriwayatkan oleh Darul Qutni ” aurat lelaki ialah bahagian di antara pusat dan lutut”.

Walaupun begitu, mengikut pandangan ulama aurat lelaki berbeza mengikut situasi yang dihadapinya, di antaranya adalah seperti berikut:

a) Ketika solat – antara pusat dan lutut.
b) Di hadapan wanita yang bukan mahram – seluruh anggota badan
c) Di hadapan lelaki dan wanita yang mahramnya – antara pusat dan lutut.
d) Ketika seorang diri di tempat sunyi – qubul dan dubur sahaja.

Aurat wanita:

Syarak telah menetapkan bahawa aurat wanita lebih daripada aurat lelaki. Antara dalil yang menjelaskan batasan aurat wanita ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud ” seorang gadis yang apabila telah kedatangan haid tidak dibenarkan mendedahkan tubuhnya melainkan muka dan dua tapak tangan hingga pergelangan tangan”.

Termasuk di dalam kategori mendedahkan aurat juga ialah memakai pakaian yang nipis. Kerana menurut satu hadis bahawa pada suatu hari Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis sehingga menampakkan warna kulitnya, lalu baginda menegur ” wahai Asma’, seorang perempuan apabila kedatangan haid tidak harus dilihat kepadanya kecuali ini dan ini sahaja”. Sambil baginda mengisyaratkan ke muka dan tapak tangannya.

Dalam satu riwayat lain, Hafsah binti Abdul Rahman berkunjung ke rumah Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w.) dengan memakai kain tudung yang nipis lalu dikoyak oleh Aisyah dan diganti dengan tudung yang tebal seraya berkata : Rasulullah pernah bersabda : Allah melaknati perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.”

Sama seperti lelaki, wanita juga mempunyai batas aurat tertentu mengikut situasi yang dihadapinya. Antaranya ialah seperti berikut:

a) Ketika solat – seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b) Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.
c) Di hadapan lelaki yang bukan mahram – seluruh tubuh tanpa pengecualian menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab syafie’.

myLife

Pendapat empat mazhab tentang aurat wanita Islam

1. Mazhab Syafie’:

Pendapat pertama : Semua anggota badan (pendapat yang paling sahih)
Pendapat ke dua : Semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (sekiranya tidak menimbulkan fitnah)

2. Mazhab Hanbali:

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Pendapat ke dua : Semua anggota.

3. Mazhab Hanafi:

Pendapat pertama : Semua anggota tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Bagaimanapun jika mendatangkan fitnah wajib ditutup.

Pendapat kedua : Semua anggota tubuh kecuali muka, dua tapak tangan dan tapak kaki hingga pergelangannya.

4. Mazhab Maliki:

Semua anggota tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh menimbulkan fitnah maka wajib juga ditutup.

Cuba anda bandingkan pendapat-pendapat mazhab yang telah disebutkan di atas. Kalau diperhatikan, tiada perselisihan pendapat yang ketara dari segi batasan aurat wanita. Dengan itu tiada ruang bagi wanita mukminat untuk mempertikaikan tentang masalah aurat kerana ia telah menjadi hukum dan peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita.

19 thoughts on “APA ITU AURAT??

  1. Di hadapan wanita kafir dan wanita Islam yang fasiq atau rosak akhlak – seluruh anggota kecuali kepala, muka, leher, dua tapak tangan hingga ke siku dan dua tapak kaki.(ape maksud wanita islam yg rosk akhlak

    • aurat mahram :-
      *tiada batas aurat yang khusus kecuali dada hingga ke betis (bagi yang dah baligh, tak boleh menunjukkan batas aurat ini walaupun di hadapan mahram)
      *yang lain,boleh dilihat(spt rambut, lengan dll..)

  2. kaki tetap aurat kan ? sepupu2 lelaki tetap tak boleh tengok kan aurat sepupu perempuan ? begitu juga dengan adik ipar , kakak ipar , abang ipar ?

  3. Menurut penulis makna aurat secara bahasa adalah “Aib”. Sungguhpun kita bukan ahli bahasa Arab, sepertinya tidak benar makna seperti itu, terkesan negatif. Ketika kita analisa kenapa Allah menyuruh wanita balih untuk menutup auratnya, lebih tepat makna aurat adalah bahagian perempuan yang meransang lawan jenisnya.

    Lebih lengkap lagi aurat itu berarti apapun yang memiliki daya tarik bagi lawan jenis. Berdasarkan definisi yang terakhir ini berarti seluruh tubuh wanita adalah aurat. Suara saja aurat, Hal ini dibuktikan wanita dilarang azan di mesjid atau dimuka umum.

    Kalau wajah, telapak tangan dan telapak kaki dibolehkan terbuka bukanlah berarti bukan aurat, rambut saja aurat hingga wajib ditutup. Persoalannya andaikata tiga hal diatas dilarang juga terbuka, membuat mudharat bagi wanita. Makanya Muka, telapak tangan dan kaki dibenarkan terbuka sebagai “Ruhsah” dalam kehidupan sehari-hari.

    Kebanyakan orang saat menerangkan suarah an Nur ayat 31 kerap mengartikan aurat itu perhiasan, hingga mereka menerangkan bahwa walaupun telah berjilbab masih dilarang menghentakkan kaki di bumi dengan alasan terdengar gemercikan bunyi gelang kaki (perhiasan). Itu hadist tidak sahih. Yang benar saat wanita menghentakkan kakinya dibumi, membuat tubuhnya tergoyang hingga mengundang pikiran yang aduhai bagi oelaki yang memandangnya.

    Jadi kesimpulannya aurat bukan “Aib” melainkan keindahan yang punya daya tarik atau magnet bagi lelaki yang normal.

  4. As salam
    sye tgh mncri artikel ttg pnjagaan aurat n tjumpa blog awk..

    juz ade pmbtulan sket psl ayat Al-quran yang

    Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

    spatutnya ayat ni yg ke 59 dlm surah Al-Ahzab bknnye ayat 21..
    tu je…*peace no war…

    as salam

Leave a reply to Iyfa SyaFeeque Cancel reply